Tuesday 22 May 2012

PKBM DARAT

LOGO BARU
     
LOGO LAMA


PKBM ialah salah satu badan beruniform yang terdapat di sekolah menengah. PKBM atau  Pasukan Kadet Bersatu Malaysia mempunyai tiga unit iaitu PKBM DARAT, PKBM UDARA dan PKBM LAUT. Penubuhan PKBM adalah untuk melahirkan generasi warganegara yang berdisiplin, cergas dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. 
     Pengendalian latihan dan pentadbiran yang meliputi pembekalan senjata, peluru latihan, bantuan latihan dan peralatan adalah di bawah pengurusan dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan. 
     Saya akan memfokuskan kepada PKBM DARAT kerana saya pernah menjadi guru pengiring untuk PKBM DARAT dan menjadi ahli PKBM sewaktu zaman sekolah dahulu. Pengalaman yang saya ada dalam bidang ini akan saya kongsi dalam blog PKBM DARAT ini.

AHLI PKBM

 
     Untuk menjadi ahli PKBM, pelajar yang berminat perlu mengisi borang ahli PKBM dan dikemukakan kepada guru penasihat. Selepas itu, pelajar akan dibawa untuk menjalani ujian kesihatan atau 'medical check up' untuk memastikan bahawa pelajar sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ini kerana dalam PKBM anggota kadet akan diuji dengan pelbagai latihan fizikal dan mental. Keputusan pemilihan anggota kadet PKBM ditentukan oleh unit gabungan. Selepas pelajar lulus ujian kesihatan, pelajar akan membuat kad ahli PKBM.

Monday 21 May 2012

TEMPUR TANPA SENJATA

LOGO TTS
Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera diseluruh dunia. 'Jarak Dekat' bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.
Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri konvensional, TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri ('combined martial arts') yang dilatih secara intensif.

Sejarah TTS tentera dunia sudah bemula pada zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi) dan mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu peperangan dunia kedua oleh pasukan komando mereka terutamanya oleh Special Air Service (SAS). Sejarah TTS di Malaysia pula bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan tetapi hanya bermula pada awal 1970an.

TTS Angkatan Tentera Malaysia berasaskan Taekwondo dan mempunyai gabungan seni Silat, Tong Soo Doo, Karate Do, Judo, Aikido dan Capoeira.
 Latihan ini perlu diadakan kepada kadet PKBM untuk memastikan setiap kadet mempunyai kemahiran terlatih secara asas serta sentiasa bersedia pada asasnya bererti terlatih  mempunyai mentaliti atau sikap bersedia menghadapi apa jua cabaran.





Latihan seperti ini dapat membentuk anggota kadet supaya menjadi lasak, berani bertahan dan menyerang serta menguasai seni mempertahankan diri bagi melahirkan semangat keperwiraan dalam diri anggota dan mampu membentuk perkara-perkara seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, mengawal diri, pantang undur, menyerlah, kesetiaan kepada negara dan agama.
 
VIDEO TTS

 
VIDEO TTS PARA DAN KOMANDO

 

 

AKTIVITI MERENTAS HALANGAN


Monkey Rate


Latihan ini bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal serta semangat kerjasama dalam kumpulan. Ia juga bertujuan untuk menilai tahap kecergasan kadet dalam merentasi halangan. Pasukan yang berjaya tamatkan semua rintangan dengan masa yang paling cepat tanpa ada denda atau kesalahan akan dikira pemenang. Setiap pasukan akan dianggotai oleh 15 anggota kadet.

Sunday 20 May 2012

AKTIVITI PANDU ARAH

KOMPAS

PETA


 
Aktiviti pandu arah pula ialah salah satu aktiviti yang menggunakan fizikal dan minda.Anggota yang terlibat ialah seramai 10 orang setiap pasukan.antara barang-barang untuk digunakan ialah,kompas,bearing,tali dan peta.Barang-barang seperti ini amat penting untuk aktiviti pandu arah dalam menentukan arah yang dituju iaitu dari check point,ke check point yang harus dituju.markah dikira dengan masa yang terpantas.

 

KAWAD SENJATA

 BAHASA HUKUMAN KAWAD SENJATA

1. Sedia – PP
2. Senag Diri – PP
3. Rehatkan Diti –PP
4. Rusuk Senjat dari Turun Senjata –2P
5. Turun Senjata dari Rusuk –2P
6. Kalih Senjata dari Turun –2P
7. Ke Hadapan Hormat –2P
8. Hormat Senjata dari Rusuk –3P
9. Rusuk Senjata dari Hormat – 2P
10. Hormat Senjata dari Turun –3P
11. Turun Senjata dari Hormat – 3P
12. Kalih Senjata dari Rusuk – 4P

KALIH SENJATA

BIMBIT SENJATA

TURUN SENJATA

TATANG SENJATA

MENEMBAK DI PKBM

Kadet diberi 20 peluru hidup dalam kelopak yang kemudiannya dipasang ke M-16. Dalam jarak 100 meter, kaset diberi arahan untuk menembak 5 butir peluru dalam 4 kedudukan iaitu meniarap, duduk, melutut dan berdiri. Kadet akan menembak pada sasaran yang bertanda V itu membawa 5 markah penuh bagi setiap penembak, bulatan kedua pula membawa 4 markah dan setiap peluru yang mnegenai luar bulatan tapi mengenai sasaran akan diberikan 3 markah. Setelah mendengar arahan, tembakan akan dilepaskan satu-persatu mengikut arahan setiap kedudukan.

Posisi Meniarap
Posisi Duduk
M-16

Posisi Berdiri

Saturday 19 May 2012

KAWAD KAKI


1. Gerak Skuad Ke Kanan/Kiri — Bergerak KeKanan / KeKiri Bertiga2… KeKanan / KeKiri…..Pusing!
2. Menghadap Ke Hadapan/Belakang — Skuad…Akan Menghadap KeHadapan / KeBelakang….. KeBelakang……Pusing!
3. Berjalan Dari Kiri/Kanan ( Tengok Tangan Anggota) — Cepat Jalan!
4. Berhenti Semasa Cepat Jalan — Skuad…..Henti! (Atas Kaki Kiri)
5. KeBelakang Pusing Semasa Cepat Jalan — Bergerak KeKanan / KeKiri Bertiga2 …..KeBelakang……Pusing! (Atas Kaki Kanan).
~~KeKanan / KeKiri Mesti Lihat Tangan Anggota yang Menghadap KeHadapan.

6. Hormat — Hormat…Hormat KeHadapan …Hormat! (Atas Kaki Kiri)
7. Terima Gaji — Hormat Selaku Terima Gaji…….. Hormat Ke Hadapan ……Hormat! (Atas kaki Kiri)
8. Ke Kanan Hormat — Hormat……Hormat Ke Kanan……..Hormat!(Atas kaki Kiri)
9. Tukar Langkah — Tukar Langkah Semasa Berjalan……Tukar Langkah!
(Atas Kaki Kiri Berturut Dengan Kaki Kanan)
10. Hentak Kaki Semasa Cepat Jalan — Hentak...Kaki! (Atas Kaki Kanan)
11. Maju Selepas Hentak Kaki — Maju! (Atas Kaki Kanan)
12. Tukar Langkah Semasa Hentak kaki — Tukar Langkah Semasa Hentak Kaki……....Tukar Langkah! (Mana2 Kaki Berturut2)
13. Pandang Kanan / Kiri — Pandang…Kanan / Kiri! (Atas Kaki Kiri)
14. Pandang Hadapan — Pandang Hadapan! (Atas Kaki Kiri)