Monday 21 May 2012

TEMPUR TANPA SENJATA

LOGO TTS
Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera diseluruh dunia. 'Jarak Dekat' bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.
Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri konvensional, TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri ('combined martial arts') yang dilatih secara intensif.

Sejarah TTS tentera dunia sudah bemula pada zaman Dinasti Zhou (1022 Sebelum Masihi) dan mula dipopularkan kembali oleh pihak British sewaktu peperangan dunia kedua oleh pasukan komando mereka terutamanya oleh Special Air Service (SAS). Sejarah TTS di Malaysia pula bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan tetapi hanya bermula pada awal 1970an.

TTS Angkatan Tentera Malaysia berasaskan Taekwondo dan mempunyai gabungan seni Silat, Tong Soo Doo, Karate Do, Judo, Aikido dan Capoeira.
 Latihan ini perlu diadakan kepada kadet PKBM untuk memastikan setiap kadet mempunyai kemahiran terlatih secara asas serta sentiasa bersedia pada asasnya bererti terlatih  mempunyai mentaliti atau sikap bersedia menghadapi apa jua cabaran.





Latihan seperti ini dapat membentuk anggota kadet supaya menjadi lasak, berani bertahan dan menyerang serta menguasai seni mempertahankan diri bagi melahirkan semangat keperwiraan dalam diri anggota dan mampu membentuk perkara-perkara seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, mengawal diri, pantang undur, menyerlah, kesetiaan kepada negara dan agama.
 
VIDEO TTS

 
VIDEO TTS PARA DAN KOMANDO

 

 

No comments:

Post a Comment