Tuesday 22 May 2012

PKBM DARAT

LOGO BARU
     
LOGO LAMA


PKBM ialah salah satu badan beruniform yang terdapat di sekolah menengah. PKBM atau  Pasukan Kadet Bersatu Malaysia mempunyai tiga unit iaitu PKBM DARAT, PKBM UDARA dan PKBM LAUT. Penubuhan PKBM adalah untuk melahirkan generasi warganegara yang berdisiplin, cergas dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi. 
     Pengendalian latihan dan pentadbiran yang meliputi pembekalan senjata, peluru latihan, bantuan latihan dan peralatan adalah di bawah pengurusan dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan. 
     Saya akan memfokuskan kepada PKBM DARAT kerana saya pernah menjadi guru pengiring untuk PKBM DARAT dan menjadi ahli PKBM sewaktu zaman sekolah dahulu. Pengalaman yang saya ada dalam bidang ini akan saya kongsi dalam blog PKBM DARAT ini.

AHLI PKBM

 
     Untuk menjadi ahli PKBM, pelajar yang berminat perlu mengisi borang ahli PKBM dan dikemukakan kepada guru penasihat. Selepas itu, pelajar akan dibawa untuk menjalani ujian kesihatan atau 'medical check up' untuk memastikan bahawa pelajar sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ini kerana dalam PKBM anggota kadet akan diuji dengan pelbagai latihan fizikal dan mental. Keputusan pemilihan anggota kadet PKBM ditentukan oleh unit gabungan. Selepas pelajar lulus ujian kesihatan, pelajar akan membuat kad ahli PKBM.

No comments:

Post a Comment